Sunday, October 22, 2017

MALAYSIAneka

Malaysia's Integrated Marketing Media Mix

Destinasi: Kolam Lumpur Binuang

Posted by Admin On April - 3 - 2010

Mandi atau berendam di kolam lumpur (mud volcano) dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit kulit.

Keadaan kolam lumpur di Ladang Binuang, Kunak.

Destinasi seterusnya yang ingin diketengahkan Malaysianeka.com, merupakan kolam lumpur (mud volcano), yang terletak di Daerah Kunak, Sabah, Malaysia.

Kolam ini terhasil daripada lingkaran gunung berapi yang sudah tidak aktif. Lokasinya agak jauh di dalam sebuah ladang kelapa sawit yang diberi nama Ladang Binuang. Destinasi ini boleh dicapai dengan dua laluan, menggunakan sebarang jenis kenderaan (kenderaan pacuan empat roda sangat digalakkan).

Persimpangan untuk laluan terdekat terletak di Jalan Lahad Datu – Kunak (berhampiran dengan Air Terjun Madai). Laluan pertama ini memakan masa lebih kurang 30 minit.

Manakala laluan kedua terletak di Jalan Kunak – Tawau, iaitu melalui Ladang Mostyn. Laluan ini memakan masa lebih kurang 1 jam. Keadaan kedua-dua laluan tidak berturap, tetapi dalam keadaan baik.

Maklumat lanjut mengenai kolam ini bolehlah berhubung dengan pihak Ladang Binuang di talian 089-886188.

Kredit Foto: borneotoday0003.blogspot.com & www.trekearth.com

3 Responses to “Destinasi: Kolam Lumpur Binuang”

  1. Kalau pakai lumpur nie, jadi puti tau!!! BETUL APA YANG SAYA CAKAP niE~!!! saya dah cuba~ sejuk! tapi jadi PUTIK kalau letak di kutit~ BEST!

  2. Mus says:

    salam..
    minta kebenaran untuk guna info dalam entri ini..

  3. Admin says:

    Walaikumusalam wr. wbt.

    Dipersilakan Tuan untuk menggunakan info dalam entri ini.
    Harap dapat berikan kredit (Al-Fatihah & doa) kepada penulis asal:
    Allahyarhamah Ezza Fazlina binti Jamlidi (1979-2016).

    Terima kasih.

    error: Content is protected !!
    Select a target language

    Translator

    Select a taget language: