Tuesday, September 16, 2014

MALAYSIAneka

Malaysia's Integrated Informative Portal

Destinasi: A’Famosa Water World

Posted by Admin On November - 30 - 2011

Destinasi terhangat seterusnya ini merupakan sebuah taman tema air yang sesuai dikunjungi semasa cuti sekolah, hari kelepasan am dan hujung-hujung minggu. Ia terletak di Negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah, iaitu berhampiran Simpang Empat, Alor Gajah.

Taman yang diberi nama A’Famosa Water World (di A’Famosa Resort) ini dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang bertaraf antarabangsa, menarik serta memenuhi citarasa pengunjung.

A’Famosa Water World turut menawarkan pelbagai kemudahan lain. Antaranya padang golf 27-lubang, pusat ekuestarian, Animal World Safari, Cowboy Town, Dinosaur Park serta penginapan.

Kepada anda yang bercuti di Melaka dan mencari destinasi menarik untuk dikunjungi, A’Famosa Water World di A’Famosa Resort ini menanti kehadiran anda. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini, atau klik di sini untuk kadar bayaran masuk.

Comments are closed.