Monday, December 18, 2017

MALAYSIAneka

Malaysia's Integrated Marketing Media Mix

Masjid Al-Kauthar, Tawau, Sabah.

Posted by Admin On February - 22 - 2010 4 COMMENTS

Masjid Al-Kauthar, Tawau, Sabah.(Sumber diperolehi daripada: Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas)Masjid Al-Kauthar

(Foto diperolehi daripada: http://etawau.com/HTML/Organization/Religion/Islam/AlKautharMosque.htm) Masjid Al-Kauthar atau Masjid Perbandaran Tawau adalah sebuah masjid di bandar Tawau. Ia merupakan masjid terbesar di negeri Sabah dan didirikan bersebelahan dengan laut. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah. Masjid ini mempunyai dua tingkat kesemuanya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan di tingkat bawah yang mempunyai dinding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita. Sejarah
Pembinaan Masjid Al-Kauthar menelan belanja sebanyak RM 31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Ia telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004. Kemudahan
Masjid ini menyediakan dua cara untuk berwuduk iaitu cara moden dan cara tradisional. Cara moden adalah dengan menggunakan paip air untuk berwuduk. Di masjid ini tersedia khas bilik untuk mengambil wuduk masing-masing bagi lelaki dan wanita. Di dalam bilik wuduk tersebut juga tersedia bilik air serta tandas. Bagi cara tradisional pula, sebuah kolam air besar disediakan.Selain kemudahan untuk beribadah, masjid ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. Antaranya:

  • Perpustakaan
  • Dewan seminar
  • Pejabat pentadbiran
  • Tempat menyimpan kasut dan barang.
tawau

tawau

Get directions: —>


View

Masjid Al-Kauthar, Tawau, Sabah. in a larger map

    error: Content is protected !!