Monday, December 18, 2017

MALAYSIAneka

Malaysia's Integrated Marketing Media Mix

Seminar Potensi Diri Ko-Nusantara

Posted by Admin On March - 25 - 2012 Comments Off on Seminar Potensi Diri Ko-Nusantara

Seminar Potensi Diri

Singkap potensi diri anda dengan menyertai Seminar Potensi Diri (SPD) yang diadakan pada setiap bulan oleh Koperasi Gagasan Ekonomi Nusantara Sabah Berhad (Ko-Nusantara).

Seminar ini membongkar potensi diri yang sememangnya ada pada diri anda bagi menjadikan diri anda cemerlang dan gemilang dengan ciri-ciri berikut:

  • Rububiyyah (Ketuhanan)
  • Insaniah (Kemanusiaan)
  • Bil Hikmah (Kebijaksanaan)
  • Fadhilah (Kelebihan)
  • Insan yang hidup beragendakan Al Falah (Sinar Kejayaan)

Seminar itu turut memberikan motivasi keusahawanan dan tips perniagaan.

Masa: 9 pagi – 6 petang (sehari)
Yuran: RM50 sahaja (termasuk makan & minum)
Tempat: Dewan Mubarak Ko-Nusantara
Suites 23, Aras 2, Wisma SEDCO,
Plaza Wawasan, Jalan Lebuh Raya Pantai Baru,
888666 Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk keterangan lanjut dan mengetahui jadual terkini seminar ini, sila hubungi: 013-89999 35

Bilik Seminar untuk Disewa (Kota Kinabalu)

Posted by Admin On March - 25 - 2012 Comments Off on Bilik Seminar untuk Disewa (Kota Kinabalu)

Dewan Mubarak Ko-Nusantara

Koperasi Gagasan Ekonomi Nusantara Sabah Berhad (Ko-Nusantara) menyediakan sebuah bilik seminar serba guna untuk disewa dengan kadar yang termurah di pasaran.

Ia sesuai untuk sebarang acara/program dan boleh menampung 100-200 orang dalam satu-satu masa. Dewan ini terletak di aras 2, Wisma Sedco, berhampiran Terminal Bas Kota Kinabalu.

Untuk pertanyaan dan tempahan, bolehlah menghubungi talian ini: 012-8300 933

Penginapan Murah/Selesa di Inanam

Posted by Admin On December - 3 - 2011 Comments Off on Penginapan Murah/Selesa di Inanam

Mencari penginapan yang murah dan selesa di kawasan Inanam Sabah? Anda mungkin boleh memilih Penginapan Wan Malaysia. Ia terletak cuma beberapa meter dari Terminal Bas Inanam, iaitu di hujung sebelah kiri blok kedai berhadapan dengan terminal bas ini. Harganya murah, iaitu RM48 untuk satu malam dengan kemudahan bilik yang berhawa dingin.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi talian ini:
088-432352, 016-8287866, 013-8112251

—-

Versi Bahasa Inggeris | English version:

Wan Malaysia Accomodation (Budget Hotel|Rooms for Daily Rental)
Location: Inanam, Sabah (near Inanam Bus Terminal)
Rate: From RM48++ per night
Room type: Air-conditioned room
For reservation and inquiries, please call: 088-432352, 016-8287866, 013-8112251

Bilik Sewa di Inanam Sabah

Posted by Admin On December - 3 - 2011 Comments Off on Bilik Sewa di Inanam Sabah

Anda sedang mencari bilik sewa di kawasan Inanam, Sabah? Iklan ini mungkin bermakna buat diri anda. Ia terletak benar-benar berhampiran Terminal Bas Inanam, di atas Wan Malaysia Cafe iaitu sebuah restoran di hujung blok kedai berhadapan dengan terminal ba yang dimaksudkan. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bilik sewa tersebut:

Sewa: RM400 sebulan
Kapasiti: Terhad kepada dua orang sahaja (wanita)
Kedudukan: Tingkat 2 (atas Wan Malaysia Cafe)
Kemudahan: Dua (2) buah katil single, tilam, bantal, talian internet tanpa wayar (wifi) percuma, hot shower, kipas dinding, ruang tamu, televisyen, peti sejuk.

Kemudahan tambahan: Bilik mandi/tandas akan dibersihkan oleh petugas yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai bilik sewa ini, bolehlah menghubungi talian 019-8612655 (Wan).

NOTA: Wan Malaysia Cafe turut menyediakan aneka jenis masakan Cina (halal) dan Melayu yang lazat. Sila berkunjung ke laman yang memaparkan artikel tentang kafe ini.

Destinasi: A’Famosa Water World

Posted by Admin On November - 30 - 2011 Comments Off on Destinasi: A’Famosa Water World

Destinasi terhangat seterusnya ini merupakan sebuah taman tema air yang sesuai dikunjungi semasa cuti sekolah, hari kelepasan am dan hujung-hujung minggu. Ia terletak di Negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah, iaitu berhampiran Simpang Empat, Alor Gajah.

Taman yang diberi nama A’Famosa Water World (di A’Famosa Resort) ini dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang bertaraf antarabangsa, menarik serta memenuhi citarasa pengunjung.

A’Famosa Water World turut menawarkan pelbagai kemudahan lain. Antaranya padang golf 27-lubang, pusat ekuestarian, Animal World Safari, Cowboy Town, Dinosaur Park serta penginapan.

Kepada anda yang bercuti di Melaka dan mencari destinasi menarik untuk dikunjungi, A’Famosa Water World di A’Famosa Resort ini menanti kehadiran anda. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini, atau klik di sini untuk kadar bayaran masuk.

    error: Content is protected !!