Monday, September 25, 2017

MALAYSIAneka

Malaysia's Integrated Marketing Media Mix

Api-Api Apartment Kota Kinabalu

Posted by Admin On April - 2 - 2010

Sekiranya anda berkunjung ke Bandar Raya Kota Kinabalu dan masih tercari-cari penginapan yang sesuai, anda mungkin boleh memilih Pangsapuri Api-Api (Api-Api Apartment). Lokasi pangsapuri ini sangat strategik kerana dikelilingi pusat membeli-belah terkemuka.

Ia mempunyai beberapa unit untuk disewakan kepada anda yang berkunjung ke ibu negeri Sabah dengan kadar yang ‘sangat rendah’ berbanding dengan penginapan-penginapan lain. Bukan sahaja murah, malah pangsapuri ini menyediakan kelengkapan yang mencukupi buat anda. Ia amat sesuai buat anda yang datang bercuti ke Kota Kinabalu tetapi mahu menjimatkan perbelanjaan, tidak kiralah sama ada bersendirian, berdua, bertiga mahupun bersama seisi keluarga tercinta.

Memandangkan ia terletak benar-benar di Pusat Bandar Raya Kota Kinabalu dan dikelilingi pusat membeli-belah terkemuka, anda dapat menjimatkan kos pengangkutan kerana hanya perlu berjalan kaki (cuma menyeberang jalan sahaja untuk ke pusat membeli-belah). Ia juga berhampiran Pasar Filipina yang menjadi destinasi ‘wajib dikunjungi’ oleh para pengunjung/pelancong.

Pada aras bawah pangsapuri ini terdapat pelbagai jenis perniagaan atau kedai seperti McDonald, 7-Eleven, restoran, gerai-gerai kraftangan, kedai cenderamata, kedai runcit, klinik, dll.

Pangsapuri ini turut menyediakan tempat meletak kereta percuma untuk anda yang menginap di sana.

Berikut merupakan kadar sewa yang dikenakan:

  • Studio Apartment (sesuai untuk 2 hingga 3 orang) = RM150
  • 2-Room Family Apartment (sesuai untuk 5 hingga 8 orang) = RM220
  • 3-Room Family Apartment di Pangsapuri Api-Api (sesuai untuk 5 hingga 12 orang) = RM300

Keutamaan penyediaan peralatan memasak diberikan kepada anda yang memilih 2-Room/3-Room Family Apartment. Untuk Studio Apartment anda boleh memohon peralatan memasak, dan ia akan disediakan sekiranya masih ada.

Untuk membuat tempahan, sila hubungi 016-8040888 (Julie).

Anda juga boleh mengirimkan sms APT<jarak>NAMA ANDA<jarak>LOKASI<jarak>JENIS APARTMENT<jarak>TARIKH dan kirimkan ke nombor seperti yang tertera di atas. Pihak pangsapuri akan menghubungi anda semula.

Kredit Foto: www.sabahtourism.com & encikdanni.blogspot.com

Get directions: —>



View Api-Api Apartment in a larger map

4 Responses to “Api-Api Apartment Kota Kinabalu”

  1. Nur Zawani says:

    Biasanya pengunjung/pelancong memilih Api-Api Apartment sebagai tempat untuk menginap atas faktor menjimatkan kos (terutama sekali jika pergi secara berkumpulan) dan memudahkan pergerakan kerana lokasinya benar-benar di tengah Bandar Raya Kota Kinabalu. Jika memilih faktor keselesaan, Api-Api Apartment mungkin tidak sesuai untuk anda jadikan pilihan.

  2. lydia esquerra says:

    been here before..not bad…

  3. kaos murah says:

    thanks ya atas artikelnya salam kenal

  4. Kenny @ Muhammad Tan says:

    Hi…my name is Kenny…i’m looking for apartment fully furnish for rent at api-api ctr…i need it urgently as i will be based in KK this coming 15 May 2011…i will be working wt a new hotel name MING GARDEN HOTEL & RESIDENCE…if there’s any vacant apartment would like to rent out…kindly email my at kennytan1981@gmai.com or call me via mobile 019-2628385…thank you.

    error: Content is protected !!
    Select a target language

    Translator

    Select a taget language: